Bengkel Pengukuhan Webpage ‘Menarik di…’ Secara atas Talian
4 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 03 Oktober 2020, telah berlangsungnya bengkel Pengukuhan Webpage ‘Menarik di…’ secara atas talian kepada Pengurus atau Penolong Pengurus kepada semua Pusat Internet di bawah Negeri Selangor, WP Kuala Lumpur & Putrajaya. Bengkel ini seterusnya akan dijalankan secara berperingkat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian berdasarkan situasi semasa pandemic COVID-19 di Malaysia.
Sebagai permulaan, bengkel sesi 1 ini akan di laksanakan di Pusat Internet Jeram dengan maksimum 10 peserta sahaja (6 PI Kluster Kuala Selangor, 2 PI Kluster Kuala Langat & 2 PI Kluster Sabak Bernam).
Bengkel ini telah dikendalikan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) secara atas talian bermula jam 9.30 pagi – 5.00 petang. Penganjuran bengkel ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai kaedah memperkemaskan webpage laman Facebook 'Menarik di..." di samping memperkasakan ilmu pemasaran destinasi pelancongan serta produk usahawan tempatan melalui platform media sosial yang tersedia.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: